Monday, June 8, 2009

Siapa Nih? Hafez Yusof ke ni?


Wow, bukak balik file2 lama kat Bintulu Project, terjumpala aku gambar nih, Ingat Leornardo Di Caprio tadi, tapi jangan tertipu, Kapal tuh bukan Titanic, tuh Kapal Inai Teratai je tuh..Perghhhh...Ini la bentuk badan idaman aku selama ini...Masa gambar ini dirakam, berat peserta adalah 84kg..dan sekarang aku telah menceburi bidang heavyweight dalam sukan tinju dan InsyaAllah kalau tiada halangan Afdlin shauki sudah offer untuk berlakon dalam Sumolah Lagi..OWHHh Tidakkkk..Macamane dapat bentuk badan ideal nih? Kesahnya bermula setelah graduasi diriku dari UTM..aku telah mengofferkan diri melepak di rumah kawanku di Shah Alam sesambil mencari lubang2 pekerjaan pada masa itu dengan berbekalkan teropong dari Menteri Pasola (The Sun & etc.), mungkin tiada rezekiku lagi, selama 6 bulan aku Berjalan Temuramah(Walking Interview) ke sana dan kemari, tidak juga ku peroleh kerja. sungguh susah dan perit sepanjang 6 bulan itu. Aku perlu menyara diriku seJimat mungkin dan tidak mahu menyusahkan kawan2ku yang dah bekerja. Tapi ape gunanya kawan kalau bukan untuk disusahkan tapi memadaimadai lah..Aku juga tidak mahu dilabel sebagai Almari @ Meja @peti sejuk di rumah itu..Tetapi kawan2 ku percaya bahawa aku adalah Almari yg bergerak mencari pekerjaan..Dan diketika itu, dengan berbekalkan duit Sewa kereta JHC7225 dan daripada tuan punya 160-c, aku telah dapat mengharungi masa 6 bulan itu dengan jayanya dan akhirnya terjebak ke dalam kancah Inai Kiara Sdn Bhd yg tak pernah mengenal erti penat lelah @ cuti.. Berbalik kepada macamane bentuk badan seidel itu, Hari2 aku hanya perlu memakan keropok lekor sahaja dan tiap2 petang dan aku akan berjogging di Taman Tasik shah Alam untuk mengfitkan badanku dan bukannya dengan cara menjadi mat fitt..Dan akhirnya selama 3 bulan itu , aku berjaya menurunkan sebanyak 16kg..Ripleys..Believe it or not...Dan Lihatlah Dunia Hasilnya dan Lihatlah Dunia Hasilnya Sekarang ni, naik Lebih 25kg..Mak aii..lebih pada turun and lebih kurang Sekampit Beras..Sekali lagi,Ripley...Believe it or not..ok...sempena Bulan puasa yg akan datang, my target is 95kg..hehehe...(gelak tak konfiden). Diharap Usaha akan giat dilakukan menuju ke bulan puasa ini disamping sekongan moral oleh isteri dan kawan2 sekeliling..Hafez Bolehh!!Katakan tidak pada Sumolah Lagi.....

10 comments:

  1. wah napok muda bangat..
    siap dapat lakonan dengan inai lagi..

    ReplyDelete
  2. hehe...hopefully...memang datukku Muda

    ReplyDelete
  3. moga berjaya...boley target utk filem rosyam noor plak

    ReplyDelete
  4. hehe..filem rosyam noor watak gangster 3 die offer doh..

    ReplyDelete
  5. MOGA BERJAYA.. agak2 x ckp budu, ckp ah.. umah kami ada byk lg.

    ReplyDelete
  6. insyaallah..budu?aduhhh..mesti setelah peninggalan pasukan rombongan hari tuh banyak barang2 basah yg terlebih budget beli..biase laa..persediaan lebih..jd terpaksalah dijual balik dalam secondbarangbasah blog seperti : petola,budu,keropok,cili,bawang,gula dan etc..hehe

    ReplyDelete
  7. hidup takdak makna tanpa budu... huhu

    ReplyDelete
  8. wah..betul2 fanatik and hardcore budu tuh...

    ReplyDelete