Sunday, June 14, 2009

KOTA KINABALU THE RETURN

Kali nih aku nak mengajak sape2 yg berminat untuk kembali membalas dendam bercuti ke Kota Kinabalu. Bukan ape, Kota Kinabalu nih memang tempat untuk pergi bercuti. Tempat memang menarik dan menakjubkan. Walaupun aku sering dilimpahi dengan kemewahan suasana laut nih tetapi di Kota Kinabalu nih lautan biru yang dipenuhi dengan renangan kuak lentang ikan2nya membuat daku ingin kembali ke sana. Sesampainya aku di Lapangan Terbang dengan menaiki pesawat Airbus Everybody Can Fly, terus aku mengcheck in kan diri di hotel Le Meridien yg telah aku booked..Boleh tahan hotel nih..kira 5 star jugak la kat sini.

ok, meh aku cerita tempat2 yg menarik di sana.

1. Makan Seafood di First Beach, Tanjung Aru

Memang menarik tempat nih, makanan seafood tak yah nak cakap ah..tempat famous kan, tau2 je lah harganya..kalau pg tak makan pun takpe, tak pun order nasi putih sup kosong n air kosong..sesambil kita makan tuh kita akan dihiburkan dengan tarian tradisional Sabah Bah..Opssss..Terlebih Sudah..bile dah kenyang tuh aku balik hotel ah..lagipun dah agak lewat balik..so the next day aku just jalan2 sekeliling hotel tuh jer coz petangnya aku dah booked untuk tengok sunset di atas bot mewah kepunyaan orang lain..terpaksa pg awal, pukul 3 dah kena bertolak..biasa ah..maghrib awal..

2. Menaiki Bot Mewah melihat Sunset
Tak sesia aku letak gambar nih, ada gak nampak sunset..keadaan ini sungguh genting dimana aku terpaksa berhempas pulak dengan mamat2 dari planet Taiwan yg bercakap cong ceng cong ceng untuk berada di posisi terbaik di saat2 terakhir sebelum matahari terbenam. Then malam tuh balik n lepak di shopping complex bersebelahan dengan hotel tuh..

3. The next day nya aku tak puas coz tak dapat mandi laut, so aku amik lagi pakej hopping Island yang mana pakej nih menawarkan pengembaraan bersama Upin & Ipin ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik and Pulau Sapi. Between 3 pulau nih, Pulau Manukan yg paling best..Pulau yg paling besar dan meriah..Di sinilah terletaknya Taman Tunku Abdul Rahman yang mana memelihara Kecantikan Pulau dan sekelilingnya..Bersih sungguh pulau ini dan jauh sekali kalau nak dibandingkan Dalam Rhu (Pasir Puteh-Pantai yg paling dekat dengan rumahku). Di sini jugalah aku telah mempelajari ilmu snorkeling dan ianya pengalaman pertama aku. Tapi berkat dari kehebatan aku yg luar biasa ini, snorkeling di umpama memakan kuaci yg berharga 20sen tuh je. Sesambil aku melihat di dasar lautan itu, aku dilimpahi ikan2 berenang gaya bebas di sekelilingku..Macam2 ikan ada kecuali Dugong n Jaws. Ikan2 ini sungguh jinak tidak seperti Kucing Pikor di sebelah rumahku.
Banyaknya ikan..jernih betul airnya..bayangkan ikan2 ini bersama2 anda dilaut..Bayang2kan...

Aku berlepas dari Jetty Sutera Harbour menaiki speedboat untuk mengHopping Island itu..Pakej nih berharga rm160 sorang..tapi next time kita pg naik ikut Jeselton Jetty..Rm40 jer..Lepas balik baru tau trick nih..hehe.

Gaya seorang pro-snorkeling. Tidak memerlukan bantuan guru snorkeling. Tapi alat nih sekali pakai sampai petang cuma rm 10..semua kena charge beb..Yg amik gambar pun terer gak..die tau tempat mana yang nak disensoredkan..Tak dapat aku tunjukkan six pad di perutku hasil usaha sit up 300kali sehari. Lepas habis pulau nih, kami menaiki bot ke Pulau Sapi untuk Lunch di sana bersama2 dengan biawak komodo..biasala, penghuni pulau nih yg asal.
Aku bertanya kepada penduduk pulau ini dengan bahasa Bajau yg aku pelajari "kenapa pulau nih banyak sangat biawak", dia lantasmenjawap "biasala..tak ganasla pelihara kucing n arnab" (dalam bahasa Bajau).Pergh..aku terus senyap..takpe, nanti die datang Pasir Puteh, aku nak tunjukkan die Buaya yang aku pelihara di belakang rumahku, baru die tau beza antara biawak komodo die dengan biawak "RIAN' aku tuh..Lepas tuh aku ke Pulau ketiga untuk bermandi manda. Banyak sangat gambar tourist yg aku ambil dan tidak dapat disiarkaan di ruangan ini kerana aksinya 28-SX and 28-SG.sebab budak umur 18 banyak tak kahwin lagi.
Nih je gambar yg untuk tayangan umum..
Dah habis penat, maghrib tuh aku pulang ke hotel dengan penatnya..

4. Last Day - Ronda Bandar Kota Kinabalu.

Hari nih last day before balik awal pagi besok, just round2 bandar n tengok bangunan2 die..

Dalam aktiviti pagi ini, aku saja pilih pagi kalau tak,berpeluh jugak nak ronda2 nih..terbakar juga lemak dikalbu nanti..rugi2..taktik dan trategi yg aku pilih ialah mengambil map bandar nih dari lobby hotel dan sambil berjalan aku akan membuka map itu, ternyata semua org melihat kami dan menyangka kami dari benua Afrika dan sebagai tourist aku juga tak berminat untuk menaiki bas di sini kerana bas di sini selalu berhenti-henti, lagi laju kalau aku berjalan kaki..

Sila rujuk bas di atas untuk kepastian..habis ronda bandar, aku ke Pasar Philipine untuk membeli sourvenior kepada kawan2 dan sanak saudara, kepada sesiapa yg tak dapat tuh, ayuh kita ke sana lagi kan..lepas penat aku balik ke hotel untuk berehat dan sebelah petangnya bercengkerama di swimming pool hotel tuh.
Pool nih terletak kat atas hotel Meridien tuh, kolam nih tak lah besar sangat tapi sesuailah untuk memuatkan saiz badanku yg sederhana ini..Dah penat mandi manda, malam nih malam last dah..pg ler ronda2 kat K.K Walk tuh and shopping kat pasar minggu yang dibuka sampai pagi..
Shopping3...walhal takda beli papepun..walaupun barang yg dipegang itu hanyalah untuk proses penggambaran sahaja namun suasana shopping dapat dihidupkan..tgok je la barang yg aku beli hanya sehelai t-shirt borneo sahaja..Last sekali aku lepak kat Oregano Cafe di K.K Walk sampai la ngantuk..esok kena bangun awal untuk balik dah dari percutian yg mengasyikkan. So, kepada sesiapa yg nak pergi lagi next trip ke Kota Kinabalu bersama lagi. Ayuh..kita kesana bersama penerbangan 'Semua orang boleh Terbang".....CCHIOWWW

10 comments:

  1. kira tengah bercutilah ni..

    ReplyDelete
  2. lama dah nih..tapi coming soon lg..

    ReplyDelete
  3. owh..ipoh ni ader program menarik ke x??

    ReplyDelete
  4. eh eh.cop! cop! apasal pic no 2 tu beza sgt dua org yg kiri kanan tu? super impose ke?

    ReplyDelete
  5. hahahah..pembahagian nutrisi yg tidak adil di rumah

    ReplyDelete
  6. byk letak gmbr single nih...adkah antara usaha utk menyembunyikan status diri???

    p/s...k.liza...next time nyendeng2 sket :P

    psl program kt ipoh tu leh propose ngn pihak berwajib

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. taktik berjaya dikesan oleh pihak musuh..hehe..macamane nak menyendeng, sape pulak yg nak amik gambar? org ketiga? malaikat je sentiasa bersama kami..

    ReplyDelete
  9. cuti dlm pun dok abis, nk cuti luar.. alahai cik naa.. tgk gamba org je la :p

    ReplyDelete