Friday, July 3, 2009

HERITAGE BAY CUP CHAMPIONSHIP

Wah, betul2 lama aku tidak mengepost ape2 dalam blog nih, minta maaf semua kerana di kebelakangan ini amat sibuk sekali kerana sebagai seorang ketua kampung, aku terpaksa menjaga kebajikan dan ketenteraman di kampungku kerana lately banyak berlaku pertempuran.ok lah, ni aku nak cerita sikit kesah pengalaman aku dalam kesukanan perahu layar nih, dulu kat sekolah sempat main dayung perahu je, kali nih advance sikit, aku dapat merasai sendiri mengemudi sebuah perahulayar yg bertanding dalam Monsoon cup every year di terengganu.
Terus terang aku bgtau yg kita takkan meminati sukan nih sebelum kita sendiri bawak kapal nih, yelah sukan yg bukan berasal dari Negara kita, kalau bola ke, badminton ke, batu seremban ke, dekcok ke, congkak yg jangan dipandang belakangnya ke,ok ler jugak..tapi once kita dah tau rules n cara2 nak berlumba perahu layar nih, gerenti memang syiooookk wooaaa..


Seperti biasa, Captain yg mengemudi kapal ini dinamakan Skipper, so bg kapal layar pada hari tuh, skipper die diberi name Skipper Hafez Yusof dari pasukan Inai Kiara S.B yang mana melawan Duyung Racing Club & Tourism Malaysia Racing club. Skipper ni la yg menjadi tunjang bg memenangi kemenangan team yg mana 5 org yg lain hanyalah Macai untuk mencukupkan Forum di kapal itu yg mana Macai2 inilah yg bekerja keras pasang layar, turun layar, korner lipat @ tag ikat tali and segala jenis kerja yg diarahkan oleh skipper termasuk terjun ke laut jika skipper tuh gila lah..



Mamat Cina tuh kira cikgu kami orang la, die dari team Minoprio William kot, tak terer mane pun kalau kat team die tuh, kira level Macai ah..Tengok le tuh, kami macaikan die untuk amik gambar jer..tuh yg team die selalu kalah tuh. Kelihatan Skipper Hafez tengah bertungkus lumus untuk mencari arah angin untuk menambah speed kapal.



Nih kira dah habis perlumbaan dah la.. layar dah diturunkan, kira dah habis game. Skipper sangat2 tak berpuas hati dengan Macai2nya kerana kesemua macainya adalah kali pertama bawak kapal nih n jenis Udang2 semuanya..memang lembap tahap kura2 semuanya..



So, yang terakhir sekali adalah acara penyampaian hadiah dan sijil la.. Mat Salleh tuh kire penjaga Heritage Bay club nih ler n die le manager. Seperti yg tidak dijangkakan, Skipper Hafez Yusof mendapat tempat ketiga daripada 3 pasukan yg bertanding yang mana race 1 dapat no.3. Race 2 dapat no.3 and race last baru dapat instinct, no.2 , so total dapat no.3 gak..tapi aku rasa kalau ada race no.4 and no.5, guarentee kami akan dapat no.1 kerana hero baru nak panas n insyaallah akan mewakili Malaysia menggantikan Nurul Ain untuk bertanding di Monsoon Cup 2009 dan Insyaallah akan mengalahkan Skipper Datuk Peter Gilmour and Skipper 
Ian William and skipper2 lain...Tapi nak buat camane, kalau skipper Hafez dah jadi Juara, skipper2 lain nak buat ape? Takkan nak join Inai Kiara..hehe..

Sunday, June 14, 2009

KOTA KINABALU THE RETURN

Kali nih aku nak mengajak sape2 yg berminat untuk kembali membalas dendam bercuti ke Kota Kinabalu. Bukan ape, Kota Kinabalu nih memang tempat untuk pergi bercuti. Tempat memang menarik dan menakjubkan. Walaupun aku sering dilimpahi dengan kemewahan suasana laut nih tetapi di Kota Kinabalu nih lautan biru yang dipenuhi dengan renangan kuak lentang ikan2nya membuat daku ingin kembali ke sana. Sesampainya aku di Lapangan Terbang dengan menaiki pesawat Airbus Everybody Can Fly, terus aku mengcheck in kan diri di hotel Le Meridien yg telah aku booked..Boleh tahan hotel nih..kira 5 star jugak la kat sini.

ok, meh aku cerita tempat2 yg menarik di sana.

1. Makan Seafood di First Beach, Tanjung Aru

Memang menarik tempat nih, makanan seafood tak yah nak cakap ah..tempat famous kan, tau2 je lah harganya..kalau pg tak makan pun takpe, tak pun order nasi putih sup kosong n air kosong..sesambil kita makan tuh kita akan dihiburkan dengan tarian tradisional Sabah Bah..Opssss..Terlebih Sudah..bile dah kenyang tuh aku balik hotel ah..lagipun dah agak lewat balik..so the next day aku just jalan2 sekeliling hotel tuh jer coz petangnya aku dah booked untuk tengok sunset di atas bot mewah kepunyaan orang lain..terpaksa pg awal, pukul 3 dah kena bertolak..biasa ah..maghrib awal..

2. Menaiki Bot Mewah melihat Sunset
Tak sesia aku letak gambar nih, ada gak nampak sunset..keadaan ini sungguh genting dimana aku terpaksa berhempas pulak dengan mamat2 dari planet Taiwan yg bercakap cong ceng cong ceng untuk berada di posisi terbaik di saat2 terakhir sebelum matahari terbenam. Then malam tuh balik n lepak di shopping complex bersebelahan dengan hotel tuh..

3. The next day nya aku tak puas coz tak dapat mandi laut, so aku amik lagi pakej hopping Island yang mana pakej nih menawarkan pengembaraan bersama Upin & Ipin ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik and Pulau Sapi. Between 3 pulau nih, Pulau Manukan yg paling best..Pulau yg paling besar dan meriah..Di sinilah terletaknya Taman Tunku Abdul Rahman yang mana memelihara Kecantikan Pulau dan sekelilingnya..Bersih sungguh pulau ini dan jauh sekali kalau nak dibandingkan Dalam Rhu (Pasir Puteh-Pantai yg paling dekat dengan rumahku). Di sini jugalah aku telah mempelajari ilmu snorkeling dan ianya pengalaman pertama aku. Tapi berkat dari kehebatan aku yg luar biasa ini, snorkeling di umpama memakan kuaci yg berharga 20sen tuh je. Sesambil aku melihat di dasar lautan itu, aku dilimpahi ikan2 berenang gaya bebas di sekelilingku..Macam2 ikan ada kecuali Dugong n Jaws. Ikan2 ini sungguh jinak tidak seperti Kucing Pikor di sebelah rumahku.
Banyaknya ikan..jernih betul airnya..bayangkan ikan2 ini bersama2 anda dilaut..Bayang2kan...

Aku berlepas dari Jetty Sutera Harbour menaiki speedboat untuk mengHopping Island itu..Pakej nih berharga rm160 sorang..tapi next time kita pg naik ikut Jeselton Jetty..Rm40 jer..Lepas balik baru tau trick nih..hehe.

Gaya seorang pro-snorkeling. Tidak memerlukan bantuan guru snorkeling. Tapi alat nih sekali pakai sampai petang cuma rm 10..semua kena charge beb..Yg amik gambar pun terer gak..die tau tempat mana yang nak disensoredkan..Tak dapat aku tunjukkan six pad di perutku hasil usaha sit up 300kali sehari. Lepas habis pulau nih, kami menaiki bot ke Pulau Sapi untuk Lunch di sana bersama2 dengan biawak komodo..biasala, penghuni pulau nih yg asal.
Aku bertanya kepada penduduk pulau ini dengan bahasa Bajau yg aku pelajari "kenapa pulau nih banyak sangat biawak", dia lantasmenjawap "biasala..tak ganasla pelihara kucing n arnab" (dalam bahasa Bajau).Pergh..aku terus senyap..takpe, nanti die datang Pasir Puteh, aku nak tunjukkan die Buaya yang aku pelihara di belakang rumahku, baru die tau beza antara biawak komodo die dengan biawak "RIAN' aku tuh..Lepas tuh aku ke Pulau ketiga untuk bermandi manda. Banyak sangat gambar tourist yg aku ambil dan tidak dapat disiarkaan di ruangan ini kerana aksinya 28-SX and 28-SG.sebab budak umur 18 banyak tak kahwin lagi.
Nih je gambar yg untuk tayangan umum..
Dah habis penat, maghrib tuh aku pulang ke hotel dengan penatnya..

4. Last Day - Ronda Bandar Kota Kinabalu.

Hari nih last day before balik awal pagi besok, just round2 bandar n tengok bangunan2 die..

Dalam aktiviti pagi ini, aku saja pilih pagi kalau tak,berpeluh jugak nak ronda2 nih..terbakar juga lemak dikalbu nanti..rugi2..taktik dan trategi yg aku pilih ialah mengambil map bandar nih dari lobby hotel dan sambil berjalan aku akan membuka map itu, ternyata semua org melihat kami dan menyangka kami dari benua Afrika dan sebagai tourist aku juga tak berminat untuk menaiki bas di sini kerana bas di sini selalu berhenti-henti, lagi laju kalau aku berjalan kaki..

Sila rujuk bas di atas untuk kepastian..habis ronda bandar, aku ke Pasar Philipine untuk membeli sourvenior kepada kawan2 dan sanak saudara, kepada sesiapa yg tak dapat tuh, ayuh kita ke sana lagi kan..lepas penat aku balik ke hotel untuk berehat dan sebelah petangnya bercengkerama di swimming pool hotel tuh.
Pool nih terletak kat atas hotel Meridien tuh, kolam nih tak lah besar sangat tapi sesuailah untuk memuatkan saiz badanku yg sederhana ini..Dah penat mandi manda, malam nih malam last dah..pg ler ronda2 kat K.K Walk tuh and shopping kat pasar minggu yang dibuka sampai pagi..
Shopping3...walhal takda beli papepun..walaupun barang yg dipegang itu hanyalah untuk proses penggambaran sahaja namun suasana shopping dapat dihidupkan..tgok je la barang yg aku beli hanya sehelai t-shirt borneo sahaja..Last sekali aku lepak kat Oregano Cafe di K.K Walk sampai la ngantuk..esok kena bangun awal untuk balik dah dari percutian yg mengasyikkan. So, kepada sesiapa yg nak pergi lagi next trip ke Kota Kinabalu bersama lagi. Ayuh..kita kesana bersama penerbangan 'Semua orang boleh Terbang".....CCHIOWWW

Monday, June 8, 2009

Siapa Nih? Hafez Yusof ke ni?


Wow, bukak balik file2 lama kat Bintulu Project, terjumpala aku gambar nih, Ingat Leornardo Di Caprio tadi, tapi jangan tertipu, Kapal tuh bukan Titanic, tuh Kapal Inai Teratai je tuh..Perghhhh...Ini la bentuk badan idaman aku selama ini...Masa gambar ini dirakam, berat peserta adalah 84kg..dan sekarang aku telah menceburi bidang heavyweight dalam sukan tinju dan InsyaAllah kalau tiada halangan Afdlin shauki sudah offer untuk berlakon dalam Sumolah Lagi..OWHHh Tidakkkk..Macamane dapat bentuk badan ideal nih? Kesahnya bermula setelah graduasi diriku dari UTM..aku telah mengofferkan diri melepak di rumah kawanku di Shah Alam sesambil mencari lubang2 pekerjaan pada masa itu dengan berbekalkan teropong dari Menteri Pasola (The Sun & etc.), mungkin tiada rezekiku lagi, selama 6 bulan aku Berjalan Temuramah(Walking Interview) ke sana dan kemari, tidak juga ku peroleh kerja. sungguh susah dan perit sepanjang 6 bulan itu. Aku perlu menyara diriku seJimat mungkin dan tidak mahu menyusahkan kawan2ku yang dah bekerja. Tapi ape gunanya kawan kalau bukan untuk disusahkan tapi memadaimadai lah..Aku juga tidak mahu dilabel sebagai Almari @ Meja @peti sejuk di rumah itu..Tetapi kawan2 ku percaya bahawa aku adalah Almari yg bergerak mencari pekerjaan..Dan diketika itu, dengan berbekalkan duit Sewa kereta JHC7225 dan daripada tuan punya 160-c, aku telah dapat mengharungi masa 6 bulan itu dengan jayanya dan akhirnya terjebak ke dalam kancah Inai Kiara Sdn Bhd yg tak pernah mengenal erti penat lelah @ cuti.. Berbalik kepada macamane bentuk badan seidel itu, Hari2 aku hanya perlu memakan keropok lekor sahaja dan tiap2 petang dan aku akan berjogging di Taman Tasik shah Alam untuk mengfitkan badanku dan bukannya dengan cara menjadi mat fitt..Dan akhirnya selama 3 bulan itu , aku berjaya menurunkan sebanyak 16kg..Ripleys..Believe it or not...Dan Lihatlah Dunia Hasilnya dan Lihatlah Dunia Hasilnya Sekarang ni, naik Lebih 25kg..Mak aii..lebih pada turun and lebih kurang Sekampit Beras..Sekali lagi,Ripley...Believe it or not..ok...sempena Bulan puasa yg akan datang, my target is 95kg..hehehe...(gelak tak konfiden). Diharap Usaha akan giat dilakukan menuju ke bulan puasa ini disamping sekongan moral oleh isteri dan kawan2 sekeliling..Hafez Bolehh!!Katakan tidak pada Sumolah Lagi.....

Thursday, June 4, 2009

PREP SCHOOL 93 MCKK


Prep School @ Sekolah persediaan. Aku mula menjejakkan kaki kiriku ke MCKK pada tahun 93 sepertimana yang telah diceritakan dalam blog my bro (Dr. Hannan). Aku telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 1992 dengan mendapat straight A. So seperti mana ganjaran yang ditawarkan oleh tuan punya 160-c Jalan Manan, tiket penerbangan ke sekolah Asrama Penuh yang terletak luar dari Kelantan. Ape lagi, tanpa segan silu mengambil ganjaran itu lantas aku terbang berdua dengan ayahandaku. Kalau nak diceritakan pengalaman di MCKK, aku terpaksa ceritakan dalam episod yang lain dalam Kisah Benar@Slot akasia tak pun KELiwon. Kalau tuan hamba bijak bestari, cube teka, yang mana satukah jejaka hensem yg bernama Mohd Hafez dalam gambar di atas? Gambar sungguh kecil, tapi hadiah tetap menanti...

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan Dilanda Garuda


Keprapppp!!! Bunyi dentuman yang kuat sekitar jam 8 pagi hari nih 02/06/09.. Ketika itu, aku sedang menghirup segelas teh tarik dan sekeping roti Canai kira2 500m daripada tempat kejadian.. Ape lagi, dengan membayar dengan kadar yang segera terus aku memecut dengan kereta Kembara Company ku ke arah kawasan itu... Perghhhhh.. Garuda melanggar Stadium.. habis jatuh bumbung stadium nih.. Maka gegak gempitalah seluruh Negeri Terengganu.. Raja teramatlah murka lalu diarahkan semua hulubalang2 nya segera pergi menyiasat perihal tersebut... Maka pesta bermula lah di sekitar Stadium ini yang mana jalan punya lah jem mengalahkan perlawanan bola Tganu Lawan Kelantan lah pulak... Pihak Polis berjaya mengawal keadaan..


Lihatlah dunia betapa lemahnya bidang kejuruteraan di Malaysia nih.. Agak2nya belah mana silapnya nih? Banyak sangat makan rasuah ke ape? Tunggu je lah kajiselidik yang akan dijalankan yang mana mungkin akan mencover pihak2 tertentu.. Standard ah tuh.. Menteri JKR kita mengatakan begitu memalukan perkara ini berlaku.. Siapakah Kontraktor dan konsultant nih? Aku pun tak sure, kan tulis kan fitnah pulak. Mesti Kontraktor and consultant tuh dah tak senang duduk.. tuh ler... takpe lah.. Let them decide.. Maka pesta terus berlangsung sampai ke malam.. Hujan tak ribut tak, tup tup menyembah bumi..


Aku Zoom je gambar nih.. tapi tak nampak plat keta tuh, kalau nampak for sure aku akan bagi kat kaki2 nombor untuk pg tikam.. Kesian kereta mamat nih..l angsung tak berdosa.. opssss.. Maybe berdosa kot.. hehe.. remuk kereta nih.. takpelaa... nanti diaorang ganti ah tuh.. Kemalangan Jiwa? belum tau aku... banyak kerja hari nih, tak lama aku kat sana, just 15minit untuk amik gambar jer.. then continue kerja.. nanti tak berkat duit gaji mengular nanti.. Ape2 pun.. Jadikanlah perkara ini iktibar dan pengajaran.. Kepada Kontraktor dan Konsultant.. Make sure next time lebih berhati2.. Perkara yg melibatkan Keselamatan tidak boleh di main2.. Sekian saja laporan dari Keram Singh Walimatulurus... Harapkan Bumbung, Bumbung jatuh ke bumi, Harapkan Kontraktor, Konsultant makan diri.. -reuters-

Wednesday, May 27, 2009

KUALA TERENGGANU BREAKWATER


Well, nih la Kuala Terengganu Breakwater, tak ramai yang tau ape ke jadah yang aku duk buat di Kuala Terengganu sampai dah 5 tahun mulai dari July 2004 untill now, inilah hasilnya, sebuah kawasan tambakan baru di Seberang Takir (300 ekar) dan sekitarnya (200 ekar), menambak Pantai Batu Buruk (300ekar) keluasan kawasan tambakan adalah keseluruhannya lebih kurang (800 ekar). Luas jugak kan? Tapi tak leh lawan Padang Luas, Jerteh (Kawasan Plg Luas dalam dunia) lagi lah...5 Tahun dan masih disini, daripada seorang bujang yang macho sehinggalah menjadi husband yang hensem..Breakwater ni jugalah yang Terpanjang di Malaysia yang mana panjang Northbreakwter=2.45km and Southbreakwater=1.1km..Belum ada saingan lagi di Malaysia la setakat nih...Tak tau ape akan jadi dengan kawasan nih next 10 years,maybe sebuah new township untuk Kuala Terengganu..Tak sabar nak tengok next 10 years and i'll be back..this picture still shows condition yg tak siap lagi and bila totally handover to Kerajaan Terengganu nanti, i will post the latest picture..Sayang je rase nak keluar dari Negeri Terengganu (a great,nice and peace place to stay), but at the end of this year, kami maybe akan berpindah ke suatu destinasi yang baru...Menuju ke destinasi yeaaa yeaaaa...Bye2 Kuala Terengganu..To be continue...

Sunday, May 24, 2009

Permainan Peluncur Travian



TRAVIAN!!...permainan peluncur... pergh...kisahnya bermula ketika aku bercuti di Kuching
yang mana di rumah mertua ku, aku tidak tau untuk berbuat ape, berbekalkan gitar tua dan
broadband celcom, aku telah mengexplore mencari game ape yg boleh dimainkan secara online,
tak kusangka dengan tiba2, travian muncul dihadapanku dan disitulah bermula detik travian
dalam hidupku, Best ke?tak best pun tapi betul2 menguji kesabaran,memandangkan begitu
slow sekali untuk mengupdate every source yg dapat, aku berada di server ketiga, tiap2 hari
aku akan buka sekali,due or tiga kali untuk tengok ape yg jd dengan kampungku..dulu cita2
nak jadi ketua kampung, sekarang impianku tercapai biarpun hanya di internet..aku telah perkenalkan permainan ini pada my big bro,tak au lah kampung die hidup lagi ke dah kena bakar and serang dek Sharif Dol @ Samseng Kampung Dusun, kepada sape yg takde kerja n berinternet, boleh leh join,kalau di server 3 tuh, datang lah serang Kampung Semerah Padi kalau nak tengok Aduka@P.Ramlee mengamuk and menyula orang yang serang...K.lah...Selamat Berperang wahai rakan2 seperjuanganku sekalian..Next aku update progress Kampungku...Bye..