Friday, July 3, 2009

HERITAGE BAY CUP CHAMPIONSHIP

Wah, betul2 lama aku tidak mengepost ape2 dalam blog nih, minta maaf semua kerana di kebelakangan ini amat sibuk sekali kerana sebagai seorang ketua kampung, aku terpaksa menjaga kebajikan dan ketenteraman di kampungku kerana lately banyak berlaku pertempuran.ok lah, ni aku nak cerita sikit kesah pengalaman aku dalam kesukanan perahu layar nih, dulu kat sekolah sempat main dayung perahu je, kali nih advance sikit, aku dapat merasai sendiri mengemudi sebuah perahulayar yg bertanding dalam Monsoon cup every year di terengganu.
Terus terang aku bgtau yg kita takkan meminati sukan nih sebelum kita sendiri bawak kapal nih, yelah sukan yg bukan berasal dari Negara kita, kalau bola ke, badminton ke, batu seremban ke, dekcok ke, congkak yg jangan dipandang belakangnya ke,ok ler jugak..tapi once kita dah tau rules n cara2 nak berlumba perahu layar nih, gerenti memang syiooookk wooaaa..


Seperti biasa, Captain yg mengemudi kapal ini dinamakan Skipper, so bg kapal layar pada hari tuh, skipper die diberi name Skipper Hafez Yusof dari pasukan Inai Kiara S.B yang mana melawan Duyung Racing Club & Tourism Malaysia Racing club. Skipper ni la yg menjadi tunjang bg memenangi kemenangan team yg mana 5 org yg lain hanyalah Macai untuk mencukupkan Forum di kapal itu yg mana Macai2 inilah yg bekerja keras pasang layar, turun layar, korner lipat @ tag ikat tali and segala jenis kerja yg diarahkan oleh skipper termasuk terjun ke laut jika skipper tuh gila lah..



Mamat Cina tuh kira cikgu kami orang la, die dari team Minoprio William kot, tak terer mane pun kalau kat team die tuh, kira level Macai ah..Tengok le tuh, kami macaikan die untuk amik gambar jer..tuh yg team die selalu kalah tuh. Kelihatan Skipper Hafez tengah bertungkus lumus untuk mencari arah angin untuk menambah speed kapal.



Nih kira dah habis perlumbaan dah la.. layar dah diturunkan, kira dah habis game. Skipper sangat2 tak berpuas hati dengan Macai2nya kerana kesemua macainya adalah kali pertama bawak kapal nih n jenis Udang2 semuanya..memang lembap tahap kura2 semuanya..



So, yang terakhir sekali adalah acara penyampaian hadiah dan sijil la.. Mat Salleh tuh kire penjaga Heritage Bay club nih ler n die le manager. Seperti yg tidak dijangkakan, Skipper Hafez Yusof mendapat tempat ketiga daripada 3 pasukan yg bertanding yang mana race 1 dapat no.3. Race 2 dapat no.3 and race last baru dapat instinct, no.2 , so total dapat no.3 gak..tapi aku rasa kalau ada race no.4 and no.5, guarentee kami akan dapat no.1 kerana hero baru nak panas n insyaallah akan mewakili Malaysia menggantikan Nurul Ain untuk bertanding di Monsoon Cup 2009 dan Insyaallah akan mengalahkan Skipper Datuk Peter Gilmour and Skipper 
Ian William and skipper2 lain...Tapi nak buat camane, kalau skipper Hafez dah jadi Juara, skipper2 lain nak buat ape? Takkan nak join Inai Kiara..hehe..

1 comment:

  1. orang kuat inai ader duk main kapal sekarng nie..klau susah2 bawak jer kapal inai tu main dengan kapal layar tu..nmpaknya farhan dengan uncle sam ader jugak tu..rugilah xder kat situ sekarang ni..klau x da cofrm dapat naik kapal layar jugak..

    ReplyDelete